Thursday, October 8, 2009

sekadar berbicara

lately aku sntiasa rasa sentap.. y? aku pon xtawu knp lately aku xmcm aku yg dulu.. seorg yg tabah n cekal.. skrg ni aku dah rasa mcm aku ni cepat down, sedih, emo, sentap.. eh, pehal lak nih? haisyoo.. thats very not me, okeh..
*cian kat aie.. slalu jadik tmpt aku emo.. keh3.. nasib u la.. huhu~

mcm ri 2, mood aku tiba2 down to 0 n that's guy (yeah, thats guy name mohd zamhairi zulkifli aka aie) yg jadi mangsa.. huhu.. sory la aie.. xtaw nape u je yg jadi mangsa, kan, kan, kan.. dia r yg bwk aku g round kl.. kl ker? bukan ke u pon xtaw nak culik i ke mana kan.. kah3.. gedik owh di situ.. las2 kita g mkn kat mamak kat south ape ntah nama tempat 2.. n time 2, de lak iklan MU lawan tp aie leh xmo tgk bila, kan.. aku ni dah la duduk m'belakangkan screen.. tgk skali lalu.. tp bila nmpk MU, terus nak toleh lagi.. tp iklan dah tukar.. aku tnye aie, dia dgn slumber leh jawap 'ntah.. i tgk chelsea nye je'.. ces2.. agak xpuas ati aku di situ.. then, aku malas nak layan aie.. bila aku xlayan, ada ke dia kata 'sentap la 2'.. erk? sentap kah aku? pe hal ko ni cda? sket2 nak sentap.. that's not u, ok dear..

xpasal2 skrg ni aie gelar aku 'minah sentap aka emo'.. hoit..!!! suka ati u je kan nak bagi gelaran kat i.. huh..!

eh, jap.. byk gak gelaran yg aie bg kat aku.. ces..! xaci owh.. jap2.. ape ek gelaran2 dia:

1. dak kecik

2. labu

3. minah emo

4. minah sentap

5. dak comel

6. makcik

7. lalang (yg ni sgt xleh blah okeh)

*hamboi2.. byk na.. aku bagi sket je..


1. org tua (ni jrg owh)

2. labi (ni bila dia dah start guna labu)

3. doraemon (yg ni sgt snsitip.. dia xsuka.. aku dulik hape.. miahaha)

4. kiteretsu (mengapakah? aku pon xtawu pehal aku gelar cam 2)

5. pakcik (yg ni bila dia start pggil aku makcik.. oit..!)

*ni je kot.. klu aku igt lagi nnt, t aku upgrade.. wakaka..


yg penting skrg ni aku jd confused.. kenapa n mengapakah aku leh bertukar watak lak skrg ni? adakah aku sengal atau partner in crime aku yg sengal.. hak3.. nasib la kan sape yg rapat dgn aku.. lalala..

eh, aku rindu dia la.. sape ye? hurmm.. jap2.. thinking n thinking n thinking.. walalala.. eh, ptg ni nak buka ape ye?

adeh.. aku dah start xbetul dah ni..


p/s : aku tgh demam.. adakah kerana itu, otak ku jadi biol + bengong + sengal + senget???? lantokkk~


things i xsuka bila dtg umah sedara-mara arwah ibu

every time aku g umah diorg, diorg ni mesti akn tanye n ckp mcm2.. aku rimas okeh.. bukan rimas tp diorg ni wat aku xselesa..

mcm raye ri 2.. ye r.. dah nama sedara, kan.. harus la g ziarah.. kang lupa sedara lak kang.. tp yg xsuka nye, mesti ade je ayat2 yg wat aku sentap..zas3~

klu makcik2 arwah ibu, diorg mesti akan tenung muka aku.. pas 2 start la drama air mata..

'muka angah (aku) ni sebijik muka arwah kak long (arwah ibu)'

pas 2 start la peluk2 aku smbil nages2.. bukan aku xsuka tp ye r.. ibu dah 5 tahun pergi.. tlg la jgn tangisi lagi pemergian dia.. korg ingat aku xsentap ke bila korg start buka cite pasal ibu?

'klu kak long ade ni, mesti dia.. bla.. bla.. bla'
'kak long dulu suka wat mcm ni.. bla.. bla.. bla'

ibu aku sgt disayangi sume sedara mara aku.. ibu ni cucu sulung.. sbb 2 sume syg n hormat kat dia.. boleh dikatakan, kata2 ibu akan 'laku' n always on the top of sume decision.. 2 yg wat aku salute kat ibu.. ibu tegas dgn kata2 dia.. tp bukan tegas with no point.. kata2 ibu sentiasa bersama hujah kuat.. ibu xsuka ckp sembarangan.. thats my mummy.. proud with her..

n klu korg perasan, aku jarang cite pasal family belah arwah ibu.. bukan xmo cite tp aku jarang balik sana.. bukan jauh pon.. xsmpi 30minit dr umah aku.. tp AKU YANG XMO BALIK..!!!

setiap kali aku balik, mak atuk (mak kpd ibu aku aka nenek aku) mesti xmo pandang muka aku.. aku sorg..! sbb nye, bila pandang, mesti tersedu2.. klu ckp dgn aku, dia mesti pndg tmpt lain.. mula2 dulu, aku cam kecik ati gak la.. tp bila ramai sedara mara yg ckp muka aku cam muka ibu, baru aku tawu knp mak atuk mcm 2.. ibu n mak atuk sgt rapat mcm aku dgn ibu dulu.. sbb 2 mak atuk xleh tgk muka aku..

adik bradik ibu pon xkuat nak tgk aku.. yg kuat cuma achik n pak uda.. itu pon xlama.. diorg leh tgk aku jap je.. pas 2 start la lari smbil kesat air mata.. hurmmm...

korg ingat x entry aku ::Muka aku cam Chinese ke::.. so, skrg dah terbukti knp muka aku jauh beza dgn muka adik bradik aku, kan.. yg lain sume ikut muka abh tp aku sorg je ikut muka ibu.. sbbnye aku sorg je ank ppuan ibu.. n maybe that's 1 of the reason y abah rapat dgn aku.. n y masa awal2 kawen dulu, ibu (ibu baru) agak anti dgn aku.. apakah? ces..! tp skrg dah ok, okeh~



20 things woman hate man..

1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
*wohoo.. lu bajet lu dah jadi ketua kluarga? baru kapel, ok.. suka2 lu lak nak tggi suara kat wa ye.. meh test my voice lak.. huh...!

2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
*ini mmg xleh nak elak.. tp xsemua lelaki mcm ni.. 4 guy yg mcm ni, nak try rasa cane klu aweq lu lak yg smbr mamat lain n tgglkan lu sorg2? lu pk r perasaan org lain dulu, beb..

3. SUKA 'CUCI MATA'


Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak ialah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
*meh i cuci kan mata u guna cloroc lak.. kasi clear sket mata 2.. nak?

4. MENGONGKONG

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka... macammana tu?
*if i kena wat report kat u, u pon wajip wat jugak, okeh.. dulik~

5. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
*hdup la lu dgn ego lu 2..

6. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
*wa manyak angin klu dpt guy yg mcm ni.. las2, tinggalin saja ini insan~

7. PERASAN

Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji... hahaha sedarlah!
*agak2 la beb.. nmpk sgt xde org yg nak puji diri ko smpi ko puji diri sndirik.. miahaha~

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
*wowoo.. lelaki ini patut kawen dgn penyapu saje..

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
*ni yg patut lelaki take note.. sntiasa la beri perhatian kpd pasangan anda.. berbaloi-baloi, okeh~

10. CEMBURU BUTA

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
*xsalah nak cemburu.. tp klu cemburu buta, mmg nak minta kena cerai la 2..

11. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
*sape yg patut jaga sape nih?

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA


Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...
*ko kawen je la dgn kerjaya ko tuh~

13. PANAS BARAN

Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah
kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
*wah..!! yg ini mmg akn ku hindari awal2 lagi.. dunia ko akn seperti berada di neraka.. bwk2 la ubah perangai 2, cik abg oit..

14. KAKI MEROKOK

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
*pada aku, aku xkisah klu ko nak hisap rokok (tp better xyah la kan).. yg aku kisah, ko klu nak hsap rokok, tolong la g jauh2 dr lubang hidung aku nih.. semak nafas aku taw.. pas 2.. tiap seminit, mesti nak hisap.. klu xde, leh mati ke? isk3.. ape le pekdahnye rokok nih? habaq mai sat..

15. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
*adeh.. tolong la.. xreti nak kata ape dah ni~

16. GELOJOH


Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
*wowoo.. mknn 2, kamu punye sorg, okeh.. xyah nak gelojoh2~

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
*ntah.. baek xyah bercinta klu nak dgn kawan2 je.. boleh 2 boleh.. tp kena pandai bahagi masa la kan.. ppuan ni bukan nye kedekut sgt..

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
*ppuan xde r mengharap sgt.. tp hati akan bunga2 gak la klu dihargai~

19. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
*yg ni spesis dgn menipu gak la..

20. SUKA KONTROL MACHO

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!
*ko igt ppuan heran klu ko 2 kontrol macho? lagi menyampah ade r..


Monday, October 5, 2009

kenduri mak chu

aku igt aku leh tdo smpi lebam pagi 2 kat umah.. tp kol 9, abah dah kejut.. ajak balik kg kat Kempas.. ada apakah? adeh.. aku lupa mak sue aku kawen.. hehe (sowy maksue)..

siap ala kadar, then terus gerak.. smpi je umah atuk, org lum ramai lagi.. ye r.. majlis start kol 11am.. smpi2 je, anis terus tunjukkan kegedikkan dia.. suka la 2 abg n akk dia dtg.. muahh.. tugas aku, jaga anis..! yiehaaa..!! opss.. korg igt sng ke nak jaga dia? susah woo.. very the nakal that girl.. huh~

dlm kol brape ntah, anis dah start main kaki aku (nak tdo la 2).. aku dukung dia, pok2.. then, tgk mata dia dah zzzzzz.. terus baringkan dia kat bilik atuk.. lena smpi kol 4pm.. wah,, sedap ye tdo..

while anis tdo, aku lepak kat dpn pelamin.. hikhik.. then, boleh lak mak andam (pak andam sbnrnye, okeh) suh aku duk kat pelamin.. jadi tol.. apakah? segan owh sy.. hikhik lagi.. dush (gedik na ko).. aku tarik kak yeen (sepupu aku) suh jd tol skali.. hak3.. 1st time maa.. malu owh jadi tatapan ramai (perasan di situ)..

bla3.. mkn.. mkn.. mkn.. then balik..

opss... sblm 2, aku de jumpa sorg mamat nih.. setelah ku telek, si adi rupanye (Afdillah Ishak).. dia ni classmate aku dulu.. rapat gak la.. then bila kait punye kait, declare la Adi ni sbg pakcik aku sbb dia adlh cousin ibu kau.. gitu le citenye..

wah... i sgt penat owh.. xsempat smpai umah, dlm kete lagi aku dah lelap.. penat dowh..

2 je r..

**Congrate 2 mak chu n pak chu (Fariza & Ishak).. semoga kekal sengal smpi ke akhir hayat.. hikhik~



diari ke JOHOR

11:15pm ^ aku start gerak dr Cyber..
1:15am ^ brenti tdo kat pagoh
1:50am ^ smbung perjalanan
3am ^ smpi umah (kota tggi)

*wah.. kental siot aku mlm tuh.. xpernah2 aku wat.. dah r bdn tgh penat gler (balik keje + dinner)..
abh siap xcaye aku balik b'2 je mlm tuh.. lewat lak tuh.. lagi bes, adik keep calling tanye aku dah smpi mana.. syg owh dia kat aku.. hikhik.. love u 2, bro.. muah~

eksiden ngeri~

pas dinner, aku nak balik jhr dgn kak iza.. aku balik ikut Kajang.. dan2 aku smpi kat bangi (almost la), dari jauh aku nmpk sume kete gerak ikut laluan kiri.. dlm ati aku tertanye2 gak la.. pehal? then, sume kete 2 pasang emergency signal.. konvoi pe? tp bila aku tgk line tgh n kanan lengang, wat aku cnfius lagi.. aku pun kluar signal nak ke kanan (nak ikut laluan tgh ler).. tp lbh kurang 200meter++, aku nmpk something atas jalan.. pe benda tuh?

mula2 aku igt smpah (siyes aku igt smph jatuh dr lori ke ape).. tp bila dekat, aku nmpk MAYAT..! rupanye kat seberang jln, ade eksiden.. n lelaki ni tercampak ke laluan aku.. Ya Allah..! kepala dia pecah (xde r pecah smpi hancur.. tp darah gler byk kluar).. aku terus brek (klu aku xbrek awal2, kang org blkg langgar lak)..

aku masuk balik lorong kiri.. smbil 2, aku sempat skodeng mayat tuh.. xde org lagi yg brani brenti.. aku rasa nak brenti tp kak iza dah nak pitam.. so, aku slow2 past the body.. masa aku tgk, dah xgerak dah.. tp mayat 2 terbaring elok je.. mcm org tgh tdo.. then, ade 1 guy dtg dr sbrg jln, tlg 'halau' kete2 yg tgh laju tuk ke lorong kiri..

spnjg jln balik ke jhr, ati aku asyik mendoakan kesejahteraan mayat.. siyes, hati aku sayu sgt bila terbayang kan mayat tuh..

n smlm (ahad) kluar kat paper pasal eksiden tuh.. click sini

takziah tuk kluarga arwah.. niat arwah sgt murni.. tp dah ajal menjemput.. innalillah........


GREAT 1's dinner~

aku rasa ni r last event yg mengumpulkan kesemua adik bradik GREAT 1 aku.. actually xsemua pon coz ade some of us yg xleh join.. tp ini pon dah kira ok, what..

majlis start kol 830pm.. aku cam biasa la.. sampai awal.. aku bwk housemate aku (kak iza) gantikan supervisor aku (dein).. wahaha.. xramai owh yg join.. kira mmg bes la.. terasa cam close party owh.. hikhik..

acara biasa je.. part yg bes, aku menang Lucky Draw.. pada korg mmg r xde bes na pon.. tp pada aku, WAHHHHH...!!! aku xpernah lucky taw sblm ni..

2nd thing yg aku suka, bab geng2 aku karok.. enjoy owh.. lagi bes when Dato' Redza pon nyanyi gak.. lagu It's My Life tu.. rock n sempoi.. walalala~

aku rasa sume org enjoy that nite.. kpd sesape yg xrasa enjoy, nasib ko la kan.. tp pada aku, event mlm 2, mmg bes.. ailike, nyah~

pas event, kol 11:15pm.. aku mintak diri.. aku nak sambung perjalanan ke JOHOR..! yiehaaa..!! tp yg xbes nye, i saw something................

-->>>> 2 b continue.......



Friday, October 2, 2009

Kegedikan seorg adeq

hari aku melayan adik kecik aku nih.. sbnrnye bukan melayan tp lebih kepada mendengki.. hehe.. budak tgh nakal.. syok owh kacau dia.. pagi2 lagi aku dah kejut dia suh bgn.. ibu kata dia bgn awal.. kol 6 dah bgn mintak susu.. pas 2 smbg tdo.. kol 8 aku dah kacau.. paksa dia bgn.. err.. adik aku yg sorg ni je yg panggil ibu dgn nama 'mummy'.. mana dia bljr ntah.. tp kdg2 kena marah gak dgn ibu.. ibu suh gak dia sebut'ibu' n bukan 'mummy' ahaks.. padan muka kena marah.. wekk :p

ni r video dia mls nak bgn tdo.. dia ngantuk lagi sbnrnye.. tp aku paksa gak suh dia bgn.. jahat owh aku nih.. hehe.. bab dia nages tuh, dia nmpk ibu masuk bilik.. terus dtg gedik dia taw.. isk.. nyampah mak, nyah.. wakaka~


video atas ni lak, bila anis dah ade roh.. hehe.. kuat mkn owh ini budak.. tp xmo org suapkan.. nak mkn sndirik.. pas 2 kuat minum air.. hish.. buncit owh perut 2 nnt.. nmpk x mulut dia senget2? hehe.. sbnrnye dia tiru mulut aku.. smbil rekod video dia nih, aku wat muka skali.. 2 yg dia ikut.. hikhik.. sengal owh..

see.. gedik kan adek i nih.. tp i sgt syg owh sama dia.. luv u la, sis.. muah3.. n skrg dia sgt rapat dgn mak long coz mak long yg jaga dia skrg.. dgr suara mak long bagi salam, dia yg dah mencecet kejar.. isk3~


Thursday, October 1, 2009

Open the House

ni ari sabtu, 26 september bersamaan 7 syawal, family aku wat open house.. wat ala kadar je.. sekadar nak jemput kwn2.. xreti nak story, so layan je la pix kat bwh ni ae..


korg perasan kan yg we ols xpakai baju kurung.. yg pakai cuma some of us je kan.. 2 pun yg dah tua2 je pakai.. err.. i means cam my parents, my granny, my mama n umie je kan yg pakai.. huhu.. sbbnye.. hanye mereka2 ni yg melayan tetamu.. others? hehe.. lepak kat dapur je owh.. lagi 1.. kan u ols tgk cam xramai org.. sbnrnye, kitorg lupa nak g snap pix.. dah kol 4pm baru kak long kluarkan camera dia suh g amik pix.. haisyoo.. cane leh lupa nih.. hikhik.. gedik owh.. dush..!!

kitorg wat open house dr kol 11am smpai 5pm je.. tp waktu pagi smpi kol 2pm, umah aku mmg full.. gler r.. aku nak lalu masuk bilik pon segan.. org ramai smpi duduk depan pintu bilik aku.. adoi..

**aku kena tegur dgn abh sbb xpakai baju kurung.. bukan aku xnak.. aku dah iron owh baju aku.. tp pagi 2 aku kena g amik ibu kat kg.. aku g pakai jeans n t-shirt cam yg korg tgk kat slide atas 2 r.. sampai je umah, umah dah penuh.. cane aku nak g masuk bilik tukar baju.. so, aku pakai je r t-shirt tuh.. (alasan sey.. padahal ko rimas lekit2 pakai baju kurung kan.. wakaka... kantol suda..)


GREAT Graduation

wah.. smlm (30 september) tamat suda 6 bulan aku join GREAT n officially i'm graduate.. hehe.. diam2 dah 6 bulan sey..

igt lagi aku.. cyberview call suh dtg interview.. tp xtawu ape result.. dia kata t akn cntact lagi klu berjaya... so, tawakal je lor..

3ari pas 2, encik nadzri (bos kat tmpt placement aku) call.. interview call.. dah r aku tgh tdo ms dia call.. so agak ke'blur'an la aku di situ.. dgn kepala tgh toing2.. tp bila dgr nama ME-TECH SOLUTION, terus bernyawa roh aku.. huh.. future bos call owh.. take deep breath owh.. pas dah kena soal 4 5 soklan, bos suh aku dtg interview kat opis lak.. huh? kat opis lak? adeh~

dah r masa 2 baru je pas konvo kat UUM, esok nye dah kena g interview kat ME-TECH.. n terus dpt result.. KAMI TERIMA ANDA.. huhu.. pas 2, terus ke cyberjaya coz kena amik surat tawaran.. wah.. alhamdulillah.. sume lancar.. aku konvo, 28 mac kat Kedah, 30mac interview kat Puchong, 1 april, dah kena g training..

agak kelam kabut owh aku masa 2.. rushing2.. huhu.. *kredit 2 all my family mmbrs coz gave me fully support.. love u ols.. muah3*

itu sume cite 6 bulan lalu.. what? 6 bulan? ya allah.. cepat nye masa berlalu.. masih terasa lagi jubah melekat kat bdn nih.. hoho..

so, sekarang aku sudah ber'title' STAF ME-TECH SOLUTION.. wah.. tq allah..

***aku sntiasa berdoa semoga sntiasa mndapat kesihatan yg baik n sntiasa dimurahkan rezki.. amin***


Love in Short or Long Distance?

hurmm.. cam hampeh je kan tajuk aku kat atas tuh.. tp sbnrnye besar owh maksud tajuk 2.. cinta jarak jauh o dekat.. both aku pernah rasa.. pada aku dua2 ada baik n buruk nye..

jarak dekat, ko leh jumpa bila2 masa ko nak.. pagi, ptg, siang, mlm? lantak ko la.. tp t ko yg xbebas.. ye r.. nak lepak dgn mmbr2, kang dia jeles.. itu klu dpt yg jenis gedik thp cipan la kan.. klu yg jenis xkisah, kredit to u.. lalala.. tp untung nye, ko leh tgk dia depan mata.. xsempat nak rindu, dah leh tgk balik muka dia.. *eleh.. baru pisah sesaat, rindu dah dtg.. kan? kan? kan?* tapi klu yg dekat cam sblh umah, xde r kluar kos sgt.. bukak pintu, dah leh date depan umah.. keh3.. tapi klu cam dlm 1 kwsn ke, 1 daerah ke, berjiran kampung ke.. mesti mkn kos gak.. nak kluar date la.. bila dah date, mesti g naik kete o moto kan.. minyak owh di situ.. mkn lagi.. wohoo.. ongkos owh..

jarak jauh lak, mcm aku dulu, setahun skali nak jumpa pon susah.. xkisah la kan pasal jumpa 2.. cuma bila jarak jauh ni, kepercayaan n kesetiaan kena kuat beb.. aku setia ke? wohoo.. sensitip owh itu isu... aku spesis setia.. CUMA.. aku suka berkawan xkira usia, jantina, kaum n sebagainye.. kata 1MALAYSIA, kan.. kena la variety kan.. ada partner yg jenis memahami, untung ko la.. tp jenis yg asyik nak sentap je nih, adeh.. nasib ko gak la kan.. miahahaha~ bab kos lak, ko cuma akan kluar tuk fon call je.. klu nak jumpa, mungkin makan duit sket.. ye r.. dah jarak jauh.. klu naik bas, pergi balik dah brape? itu untung dlm negara.. klu luar negara? lu pikir la sndirik..

kesimpulannye, *aie, i guna KESIMPULAN.. betul2 karangan UPSR, kan? kan? kan?* xkisah r cinta jarak dekat or jauh.. yg penting saling hormat menghormati, saling memahami, saling setia & sentiasa support each other.. insyaallah akn kekal selamanye..

***entry ni wujud sbb 1 of my fren ngadu dia sgt sedih bila girl dia nak balik smbung bljr.. klu dlm negara je, mmg nak kena sekeh dgn aku la kan siap gedik2 nak ngadu.. tp oleh sbb berbeza benua, so, aku dgn rela hati sudi menjadi tempat dia meluahkan persaan sedih + hiba + rindu dia tuh.. so 4 u (if u read this) kuat kan hati, tabah kan diri.. i know u can get thru this.. buktikan ko mampu.. 10 bulan t, ko g r jumpa dia.. gd luck, babe.. ***